Isnin, 23 Mei 2011


assalamualaikum...

It takes 2 years for me to remember that I have this special diary. it is about 2 years since I was busy with a lot of things around me. Now, I am back to you, my diary. I'd forgot that I have u in my life... so will The Story Of My Life continue until I die? it's depends on me, Insya Allah.

to my diary, I already marry him. man that i have been waiting for a long long time ago, since I creating u to share my feeling and my journey. I am happy right now. And I m always pray that Allah SWT will help me to make this relationship lasts forever.

I a furthur my study in UKM right now, since I couldn't get better improvement in my work place. study life makes me calm because I don't have to punch my card in and out. student's life is a precious moments and I gained so much technical experiences and skills. I hope, my MSc will be in my hand soon, Insya Allah!

In a meanwhile, my hubby and I live in Pantai, Seremban. this is our home sweet home. marriage life is so sweet and I couldn't explain to you because it is too sweet to be revealed. ---(---@ hehehe....

syukur, alhamdulillah.

Khamis, 5 Februari 2009

friday... penghulu segala hari...

assalamualaikum..

hr ni aku keje mcm biasa. lama rasanya xmenjengah ke laman ini. terasa rindu ttp mmg xsempat nk update. apa yg aku lakukan sepanjang minggu ni ya?

kelas pagi dari hari isnin sampai rabu mmg full sbb aku fikir awal bulan mac nnt kene tangguh utk mesyuarat pemilihan bank soalan. budak2 sem 2 ok la jugak kali ni. yg nakal mmg ada, tp aku still keh manage mereka tanpa rasa sakit hati dan sakit kepala. teringat aku kepada students yang tgh praktikal sekarang.. mereka mmg nakal dan suka mengusik aku. pada mereka la tempat aku bergelak ketawa, especially waktu mereka buat presentation dalam kelas.

staf kksb minggu ni agak sibuk menguruskan program zon selangor yg diadakan di KK Selayang. hari rabu dan khamis leh dikatakan staff room agak lengang, aku lak yg rasa sunyi. hari khamis dalam jam 4.20 pagi aku dah bangun utk bersiap2. kol 5.15 pagi dah kuar rumah utk ke putrajaya. jawatan atase tu aku tak dapat... ttp mereka tawarkan aku utk menghadiri temuduga jawatan penolong pengarah di putrajaya. hati ku sebenarnya berbelah bagi. separuh hatiku berasa di KKSB dan selebihnya aku sedang memikirkan peluang utk ku kembangkan potensi diri, pengalaman dan impian. terharu gak bila kawan2 mendoakan selamat maju jaya kpd ku utk temuduga tersebut. ttp pada masa yg sama aku sedih kalau ditakdirkan aku terpaksa berpisah dgn mereka. 5 tahun di sini, mereka sangat berada dalam hati ku... aduh... susah ni. rasanya aku masih belum puas utk bersama dgn mereka. benar aku masih mahu bersama mereka. aku hanya mengikut arus jalan hidupku. jika rezeki ku masih di sini aku gembira. dan jika rezeki ku berada di sana, aku redha.

ida tanya, bila aku nk wat program candat sotong kt terengganu. aku xminat nk mencandat sotong sebab aku xmakan sotong. hehehehe... kalau ajak g mandi laut ke, snorkeling lagi ke mmg aku tak tolak kot. bila lg aku nk bercuti ni?

Rabu, 28 Januari 2009

gerhana di hati

salam...

4 hari cuti umum byk aktiviti di rumah. daripada persediaan menyambut tetamu untuk kenduri doa selamat dan tahlil hinggalah berehat sebelum memulakan kerja di kolej semula pada hari ini. sabtu lepas, aku, mak dan abah dari pagi sibuk membeli barang2 kering seperti menempah daging dan ayam, gula, minyak, beras, dan barang2 basah untuk makan tengah hari, malam dan pagi sabtu. sure ramai sedara yg datang nnt. alhamdulillah, tiada masalah besar dalam menguruskan kenduri ni, jemputan pun tak ramai.. buat ala kadar jer. aku cuma risau kalau2 xde org datang, bazir pulak makanan nnt.

menu asal yg dirancang adalah seperti sup ayam, daging masak ungkep, sambal ikan bilis campur petai, sayur goreng campur hati ayam, ulam-ulaman, kuih keladi dan buah akhirnya bertukar. abah beli daging 20 kg, banyak giler. mak uda asingkan 7 kg dan hiris daging yang selebihnya untuk dimasak pada malamnya. . ayam 15 ekor digoreng.

petang sabtu, dalam jam 6.30 ptg, daging mula dihiris dan dikecutkan. xjadi masak ungkep, tukar kepada masak kari. chef kali ini adalah mak tam. hehehe.....lama gak ler nk kecutkan daging yang dimasak jam 10.00 lebih kalau xsilap, baru angkat dari dapur. pastu, mereka masak sambal sotong dan ayam yang dah digoreng tu diambil 3/4 sahaja untuk dibuat masak merah. erm... sedapnyer. dah lama aku xmakan ayam masak merah. chefnya kak ngah. kejap jer dia buat. dapat la sekuali besar. ketiga-tiga lauk ni letak atas kayu utk elak dia membasi. sambil2 tu kami adjust meja dan kerusi kat kanopi depan rumah. macam mana nak susun ni...? penin gak sbb space kecik jer, takut kacau jalan org nak lalu. kanopi tu dipacak betul2 akhirnya kt jalan site depan rumah. so kete leh lalu lalang kt lane lagi satu. malamnya, sumer tido bergelimpangan kt ruang tamu, aku sempat ler menyelit kt bilik aku dan tido sekali ngan sya sya dan edd. baby aiman dan bibik elllie tido sekali. lupa lak aku nk citer fasal bibik ellie. nnt la keluaran akan datang, kay? :P
subuh tu, dalam kol 5.30 pagi, mak dah ketuk pintu bilik suh aku bangun... alahai, beratnya badan ni nak bangkit. rasa mcm kejap jer tido. tepun kak long suh g pasar beli santan dan ulam-ulaman. santan beli dalam 7 kg, ulam kacang botol beli dalam RM20.00. byk giler.... pagi tu masak kari daging dengan tambah santan jer sbb mlm td dah kecutkan. pastu jiran sebelah datang tolong potongkan sayur kundur untuk ditumis bersama ikan bilis dan bawang, then tumis sayur kobis bersama hati ayam. sambal belacan dari semalam dh ready. xtahu la sedap ke idak sambal tu sbb aku tak makan pun belacan. mak lang bagi sayur keladi gulai asam, kuih keladi dan apam siam, jirn sebelah rumah lak sedekah apam. edd dah beli tembikai dan limau 3 kotak. opah buat bubur tradisi org banjar. namanya wade kepeng.... hahahah....kelakar je namanya. so, by 11.00 a.m, sumer makanan dah ready... so kami pun bersiap2 ler utk melaram ngan baju yang agak cantik sket la berbanding masa kt dapur tadi. :)
alhamdulillah, walaupun tak panggil ramai jemputan, tetapi aku tetap rasa ramai sebab abah jemput budak2 dari sekolah tahfis kt hujung padang sebelah rumah aku, then anak2 yatim sekali kt rumah anak2 yatim. masa aku kt dalam bilik tgh bersiap, dah dengar org baca tahlil kt ruang tamu. aku menjengah kejap, boleh la tahan. kira penuh la jugak ruang ramu tu sampai yg pompuan xde space nak duduk dan terpaksa duduk kt kanopi. alhamdulillah... hatiku seakan rasa bahagia.
beberapa hari sebelum kenduri, aku sangat risau kalau2 jemputan balik dengan perut yang xkenyang, dengan makanan yg xcukup, dengan layanan yang kurang mesra. minta2 mudahkan urusan dan lancarkan lah majlis. semoga tetamu yang datang dengan senyuman akan balik juga dengan senyuman, pertemuan yang penuh mesra, perasaan puas dan kenyang dan bersyukur, serta akhirnya mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga.
petang dalam kol 3.00 tu, hujan lebat, sian kt beberapa lg org tetamu yang belum balik terperangkap kt kanopi, termasuklah geehan, mukhlis dan hazim. tapi nasib baik juga sbb ramai tetamu dah balik. alhamdulillah. alhamdulillah.
kawan2 ku tak ramai yg datang. mereka kebanyakkannya balik kg sbb cuti 4 hari. yg hadir adalah seperti raihan & azman dan anak2 ( naufal dan najmi), en. amal dan isteri, rosli, Esuryati dan husna, ida dan shawal, zue, geehan, mukhlis dan hazim. ada yg balas sms ku xdapat hadir atas urusan keluarga, balik kg dan seb. xpe, asalkan hajat kami nk kenduri tercapai, sokongan, tanda ingatan dan doa dari rakan2 sangat2 dihargai. semoga kami semua dirahmati.

isnin, ummie datang sg besar bersama kak da, abg long dan anak2. terkejut aku dengan tetamu yang sememanggnya aku menanti utk berjumpa dengan keluarga ku. mereka datang untuk berjalan2, katanya. aku sebenarnya agak terkilan juga sbb aku xjemput mereka kenduri semalam tp aku mmg xsangka mereka akan datang. aku citer kt ash. ash cakap dia pun terkejut bila ummi datang sg besar nk jumpa aku. rasa segan nk ajak mereka tidur di rumah memandangkan masih ramai adik beradik di rumah. takut ummi dan keluarga rasa tak selesa dengan keadaan yang ramai. tp aku rasa terkilan juga sbb meraka xtidur di sini. semoga Allah membantu melancarkan urusan mereka.

isnin juga, berlaku gerhana matahari. seronoknya tgk gerhana matahari yg pertama kali aku saksikan. cantik... sungguh! dan gerhana di hati ku telah berlalu dengan kembalinya Ash dalam hidupku. Ash cakap, dia rasa mcm ada magic! mungkin dia xsangka yg kami akan bersama semula. sama la ngan aku. aku pun ingat aku xkan mendengar lagi suaranya sepanjang hayatku. doaku semoga perhubungan ke dua ini akan mengukuhkan tali persaudaraan antara dua keluarga yang berlainan negeri.

lama betul kami tak jumpa. kali terakhir g dating dalam bulan april tahun lepas. skang ni dah bulan jan 2009. maknanya dah 9 bulan kami tak jumpa. macam mana lah dia sekarang? semoga Allah SWT memberkati ikatan hati ini. semoga urusan kami dimudahkan. semoga dibukakan pintu hati kami dan kedua dua keluarga untuk menerima antara satu sama lain dengan penuh syukur dan redha. semoga pntu rezeki dan hidayah serta kesyukuran terhadap nikmatNya sentiasa diberikan kepada kami semua. amin...

Khamis, 22 Januari 2009

my life has turning back!

salam...

lama dh tak menjengah blog ni. bukan sbb menyendiri tetapi sbb busy ngan aktiviti harian. sejak dah masuk minggu kuliah ni aku agak letih. jd nak updates blog waktu malam pun, rasa mcm dah xsanggup.

biar kuceritakan apa yg berlaku sejak 3 hari yang lepas. jadual waktu kuliah ku berubah dari mengajar hari rabu dan khamis kepada hari isnin dan rabu. sebenarnya aku mmg avoid hari isnin, memandangkan byk cuti umum jatuh pada hari ahad dan isnin... alamat tak cukup lah 75 jam mengajar aku utk semester ni. tetapi sbb aku ditukarkan jadual supaya aznin boleh bercuti pada hari isnin setelah menguruskan kursus pendek pda hari sabtunya, akhirnya aku memberi laluan kpdnya. kelas hari isnin jam 8.00 pagi? hehehe.... tak pernah dibuatnya aku sejak aku mula bekerja di sini. tetapi semester ni byk tul pertukaran. aku mengajar pada awal minggu dan awal pagi. then aku ajar straight teori dan amali dalam satu hari, means berderet budak masuk kelas aku 5 jam ( sudah tentu rehat pada jam 10.00 til 10.30 pg). erm.. aku dh cuba utk kelas semalam SPK02A dan kelas pagi tadi SPK02B. sian budak2 tu... penat tul mereka. hehehehe....

sebelum balik jam 5.00 ptg td aku hantar senarai permohonan pensyarah SPK utk mengikuti latihan di mardi bagi tahun 2009. byk gak nak peruntukkan bagi yuran kursus, dalam RM12K la jugak. boss kata depends pada buget yang kolej dapat la. kalau byk, bolehlah nk proceed semua, tp kalau ciput... tak semua leh g. mmg betul pun kata2 nya. ni pun just nak proceed je lum tahu dapat ke idak kursus ni sal kene compete ngan ramai lg peserta seluruh malaysia.

petang td aku sampai rumah dalam jam 6.00 ptg. solat dan rehat jap.. pastu salin baju pakai baju buruk jer sbb nak habiskan mengecat di kawasan pagar rumah. syok tol mengecat ni, buat aku leka dengan warna dan berus. rasa stress bekerja seharian hilang dibawa bayu petang. budak2 kat taman ni selalu main basikal depan jalan.. seronok tgk gelagat mereka menggiat rakannya sambil aku mengecat. dalam syok aku main ngan berus, tiba2 WLV220 terpancul kt depan rumah aku. lorr.. zue ni terkojot aku dibuatnya. dia ckp dia stress ngan keje.. sian dak ni, terkena kejutan budaya sebb baru dilantik jd pegawai peperiksaan. story punya story baru lah aku faham dia tersalah binding report utk mesyuarat jawatankuasa penasihat kolej besok pagi. nak tak nak kene wat semula malam ni. suh aku temankan dia g opis malam ni...

so, aku skang kat opis la.. nak gak updates fail peribadi students SPK01 ni.. tp nak update blog ni dulu.. rindu la kt diari online ni...

hubunganku dengan Ash? setelah genap 6 bulan kami terputus hubungan, hati kami masing-masing digerakkan untuk menghubungi antara satu sama lain. kami telah bersama selama 3 tahun, bila terputus dapat aku rasakan betapa perit dan luka. seakan aku sudah tidak boleh untuk memikir utk perkara lain lagi. dan ku tahu, dia juga sepertiku. cuma aku belum cukup matang utk memahami dirinya dan hatinya. selama 6 bulan ini, terlalu byk pengalaman dan cubaan hati yang kulalui. dari pengalaman ku sendiri, hinggalah pengalaman manusia-manusia di sekelilingku.. semuanya membuatkan ku byk berfikir dan kesimpulan yang kuambil... dia yg telah pergi adalah manusia yang terbaik utk ku.. tetapi mungkin aku bukanlah yg terbaik utk nya. mungkin itulah perkara yg perlu aku fahami dan terima, namun mampukah aku?

so... believe it or not... aku dan Ash dan berbaik semula. alhamdulillah. akhirnya Allah SWT mengabulkan doaku selama ini. doa ku yang mengharap Allah memberikan ku peluang utk lebih memahami hati lelaki yang selalu aku xfaham. Allah SWT telah merencanakan semua ini supaya aku boleh belajar dari pengalaman dan mengulangnya semula dengan jalan yang lebih baik. semoga hubungan ini diredhai Allah SWT dan disatukan dengan jalan yang halal dan diberkati. Amin..

Ahad, 18 Januari 2009

pengalaman

bercakap ttg pengalaman, rasanya aku ni xde la byk pengalaman, even dah 5 tahun keje dlm gomen. dalam masa 5 tahun ni aku byk melihat perkara2 yg serupa.... ms iso, kualiti, food tech dan hidrofilik characteristic. hehehe.... bila la aku nk pindah jabatan nee!!!

betul la.. aku dh lama sgt kt sini... tp pas ni aku nk keje ape? dh ler tak dapat tawaran interview utk msd division... nk tukar jabatan lak susah sbb SKT aku markahnya tak memberansangkan sgt la tahun 2008. kalau nk markah 90 ke atas kene wat research lak. apa research aku nk buat ne? presentationnya bulan november 2009 nnt.... kalau tak buat research, alamat markah SKT aku lebih kurang je mcm tahun 2008. aku cuma dapat 85.++ jer... aku xnk la kalau tak sampai 90.... payah lak pulak keje gomen ni...

byk tul mengeluh cik roy ni. kene sebat kang, baru tahu! hehehehe.... Ya Allah, kuatkan semangatku dan berikan ku hikmah utk ku jalani kehidupan ini....Amin.

Rabu, 14 Januari 2009

online

hari ni aku jaga pendaftaran onlie pelajar senior. sakit belakang aku duduk dari jam 8.30 pg sampai kol 2.00 ptg. rasa nk kebas je jemari aku menekan-nekan touch pad ni. ramai wajah2 yg dh lama aku tak lihat, especially students semester 4 yg baru lepas praktikal kt industri. erm... semester ni aku xajar budak2 semester 4. so, jumpa mereka pun sekali sekala jer la nnt.

petang, dgn bayk kerja remeh yg belum aku selesaikan, dah buat meja aku berselarak. aku malas tol nk wat keje kalau meja berselerak.. xde mood nak memandang. so, biasanya utk elak menda2 gini jd kt aku, menda2 ni sumer aku susun sekali gus atau aku transfer kt dalam tray.

petangnya aku lambat sampai umah lg.. ingat nk cat lg sikit pagar ni.. ada 2 kaler lak skrg ni, coklat dan hitam. kalau org perasan mesti pelik. hehehe...

hr ni xbyk yg menarik utk aku citer.. mood pun kureng jer! okie dokie.. chow shin chee.

Selasa, 13 Januari 2009

love

salam...

hari ni baru aku berkesempatan nk menjengah ke blog ni. semalam xlarat la.. aku tido awal... ingat nk update blog jap tp aku mmg xlarat. petang semalam aku balik dgn nora. kete letak kt kolej je.

hari ni, selasa ada sesi pendaftaran pelajar baru. nampaknya semester ni aku kene pegang 1 kelas.. baru ada 24 org setakat ni yg mendaftar. ada yang datang dari seremban, kedah, kelantan, kajang, klang, sg besar dan lain2 tu aku xingat la. wajah kebanykkannya innocient tetapi rasanya aku perlu mengenali mereka dengan lebih dekat supaya mereka lebih rapat dgn ku. dah la nnt aku xngajar mereka, mesti jarang dapat jumpa mereka. apa rancangan aku ya? apa rancangan supaya mereka lebih rapat dgn ku? berikut adalah cara yang mungkin boleh aku digunakan:

1. suh mereka tulis jurnal setiap minggu dan aku akan check hasil jurnal mereka.
2. adakan perjumpaan dan tazkirah setiap bulan / minggu.
3. kenali keluarga mereka. wah, larat ke aku nk buat ni?
4. adakan indoor / outdoor games utk lebih interaksi dgn mereka.

apa lagi ya? aku dapat perhatikan terdapat beberapa org antara mereka yang kelihatan menonjol dalam aktiviti sukan seperti bola baling dan bola jaring. yg terlibat dengan aktiviti lasak pun ada la sorang. ada juga yang telah bekerja sebagai pembantu chef, telah mendapat sijil asas pengendali makanan, ada yg pergi PLKN, camping dan juga yang tidak menyertakan apa-apa sijil kokurikulum. ada yang kelihatan komited sebagai pelajar, dan ada juga yang sambil lewa... macam-macam sifat yang aku dapat lihat pagi tadi. harapan ku agar mereka akan merasa kehadiran dan kedatangan mereka ke sini memberi erti yang besar dalam hidup mereka. xsanggup aku melihat anak bangsaku tercicir dan hilang arah tujuan.

petang tadi aku g ambik roadtax ku kt bank rakyat cawangan sungai besar. hehehe.... alhamdulillah, akhirnya aku dah xrisau fasal kete. sempa gak aku edar borang/takwim kursus pendek kt mereka, dan menghatar 2 salinan borang ke syabas cawangan sungai besar.

semalam, Ash menghubungiku... terus aku rasa petang tu aku boleh ketawa dengan lebih rasa bahagia. hehehhehe.... perasan la roy ni! Ash contact hanya utk tanya aku sihat ke idak.. bukan ada apa-apa pun! entahler.. mungkin aku yg hanya memendam rasa. dia pun mungkin dah ada orang lain. oh, ya! namanya Ashuwadi anuar bin mohamad. ku harap dia beroleh kesenangan dalam setiap urusannya. amin..

apa keje yg aku lom settle? adalah satu dua perkara yang kecik tp remeh. insya Allah esok leh sambung. okie dokie saya nk balik ne. assalamualaikum..